If there’s Any Shine Left For Me…

Sebelum saya meneruskan penulisan blog ini, pertama-tamanya ingin saya tegaskan bahawa post ini BUKANLAH keluhan putus asa mahupun declaration bahawa saya ingin menamatkan perjuangan saya. Tidak. Tidak sama sekali. Post ini sekadar luahan perasaan saya yang diselubungi persoalan dan tanda tanya yang agak kabur.

Sekarang, setelah sebulan menjelangnya pengumuman Keputusan SPM 2009, saya pasti sudah banyak baying-bayang corak masa hadapan yang sudah terbentang luas. Yang menggapai keputusan cemerlang, Alhamdulillah… satu lagi tangga menuju kea rah kejayaan pastinya terbentang untuk didaki. Bagi yang sebaliknya pula, mereka harus redha dan akur menerima keputusan mereka sama ada dengan senang atau susah hati.

Bagi saya pula, keputusan 8A dan 1B sangatlah mengaburi pemandangan saya untuk terus menilai masa hadapan saya. Ya… saya akui result saya tidak teruk tetapi ianya bukan cemerlang! Saya lebih senang mengkategorikan result saya sebagai “atas pagar” dan pada tahap yang cukup meng-confuse-kan. 1B+ for Biology subject. Mungkin ramai yang mengatakan bahawa “Takpe B Bio, tak kira pun kalau nak ambil Engineering”… Banyak cantik muka korang? Setakat ini, apa yang saya apply kebanyakannya mempunyai syarat minimum (7A atau 8A) dan bunyinya cukup melegakan, bukan? Tapi percayalah, keadaan tidak semudah yang disangka. Ramai lagi yang memperoleh kejayaan straight A’s yang apply menatang2 ni (sopannya). Pastinya mereka lebih diberi keutamaan dan akan menjadi pilihan, bukan? Yup… buktinya setakat ini saya langsung tidak mendapat SEBARANG offer pun setakat ini??? Anda jawab???

Keadaan cukup berbeza sewaktu exam trial dulu. Dan result trial saya tu… pastinya beda amat deh… Alhamdulillah… saya mendapat straight A’s so that’s why saya mendapat kesemua tawaran scholarships yang dipohon AT LEAST temuduga c/o BNM, Sime Darby, dan juga Yayasan Khazanah. Tapi itu semua cerita lama, there’s no point of looking back at all of them. Life must go on and let bygone be bygone.

Kalau nak diceritakan penyesalan saya pastinya ada penyesalan itu sedikit sebanyak di dalam sanubari ini. Yelah, semasa trial dahulu result sangatlah layak untuk memohon program-program SPC mahupun UTP. Tapi, sewaktu itu saya sendiri pun tidak mengetahui mengapa saya terlampau ego sangat mengejar overseas? Sampaikan program UniKL-Sheffield yang telah siap diisi borangnya dan dilengkapkan essay-nya, tidak saya hantar kerana memikirkan program ini akan dilaksanakan di dalam negara sahaja sedangkan saya akan layak untuk SPC selepas SPM. So now what happened? Nak memeritkan lagi keadaan, sewaktu di interview Sime Darby, seorang rakan yang ditemui (nama beliau Ishaq Hakim) memberitahu saya bahawa program tersebut telah di-convert-kan kepada program Engineering Australia. Can anyone guess how heartbroken I was that time??? The moral is kepada budak-budak junior, tak payah nak teragak-agak mengisi boring selepas trial. Peluang tetap ada even korang dah masuk UTP and nak pursue ke overseas lepas SPM. Tolonglah jangan jadi menyesal macam saya yang saya sendiri kategorikan… MENGGADAIKAN 2 TAHUN SEBAGAI STUDENT MRSM.

Hari ini, mama menyuruh saya mengisi satu boring scholarship ini. I just smile at her and the first word to slip was “LAYAK KE?” Of courselah, mama persuaded me to fill it and she just gave me the whole confidence I thirst for. For the time being, If there’s any SHINE left for me…

Advertisements

One thought on “If there’s Any Shine Left For Me…

Would love to hear from you!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s