ADAM SAYA – SAYA REKA SAYA PUNYA

Today rasa cam nak buat dalam Malay pulak sebab tak nak ah orang cakap saya ni terlampau fanatic kat English. Bukan apa yang buat post bebanyak dalam English tu pasal I’m not really good in English, so practice made perfect isn’t it?



OK. Semalam time tengah mengelamun tak tentu pasal, tiba-tiba saya teringatkan satu permainan yang pernah dimainkan semasa di Tingkatan 5 dulu. Permainan ni kitorang main sekelas sewaktu subjek PSK (Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan). Permainannya mudah, perlu nyatakan cirri-ciri pasangan yang menjadi idaman. Cool kan Cikgu Harlina main game2 gatai camni? Hahah. So, the rule was kitorang kena tulis atas piece of paper (kertas compang je) apa criteria yang kita nak mengenai pasangan kita. Kalau lelaki tu ciri isteri tapi kalau girls kena ciri suami.



So, nak dipendekkan cerita saya bersemangat lah. Tulis la secomplete-completenya dalam kertas A4 plak tuh guna pen dakwat cair Pilot G2. Idea plak datang mencurah-curah sampai saya buat 28 criteria. Emph2… Nak tahu apa saya tulis? Saya pun tak ingat sangat sebab saja je tulis panjang2 haha. Tapi yang masih dalam ingatan :

  1. Kena lebih pandai dari saya. (Someone yang dapat buat saya rasa saya katak bawah tempurung bukan saya yang boleh buat dia rasa bodoh).
  2. Kena beriman yang boleh bimbing saya sebab saya tidak berapa sempurna.
  3. Contrast is better. Saya tak nak 100% clone saya sebab nanti tak melengkapi.
  4. Able to be my mom’s bestfriend. (Penting lah sebab saya anak mak haha)
  5. Berpendapatan… (Jangan fikir saya materialistic sangat sebenarnya saya cuma mahu hidup saya terjamin)
  6. Lagi tinggi dari saya. (Yang ni ramai tak bimbang en sebab saya cuma 155cm).
  7. Boleh bagi lebih daripada parents saya boleh bagi. (haha mengarut en? Tapi suka buat camni)
  8. Bercakap banyak aka mulut murai (Sebab nanti takde orang layan saya cakap terlampau banyak)
  9. Tak SMOKING. (Sangat2 x nak kalau smoking!)
  10. Pandai ambik gambar. (Sebab saya suka photography tapi self-potrait tak pandai. Jadi, dia kena pandai ambik gambar saya haha)

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Tu cumalah lebih kurang 1/3 daripada yang saya tulis… Seterusnya sangat mengerikan dan mengarut dah… Saya ingatkan kita simpan tapi cikgu kutip pastu yang boys cikgu distribute kat girls and vice versa. Alamaaak!!! Dah la kertas aku besar gabaaaan plak tu tulisan tu sape tak cam naya la… Hadoi… yang memparahkan lagi keadaan, cikgu suruh baca yang kita dapat. -_-“ mati… Saya dapat yang Kamal Khairi (nama tu tak tulis tapi saya cam tulisan). Ciri2 Kamal simple je.

  1. Cantik
  2. Pandai buat kopi (Tak logic langsung la)
  3. Beriman
  4. Pandai masak
  5. Pandai jaga hati





Amek. Senang je. Tiba2 cikgu suruh Syazwan Rizan bacakan yang dia dapat. Syazwan mengeluh cakap panjang sangat ah cikgu… (Er…mesti yang aku alamak…) dalam hati ler. Pastu… dia baca ah satu-satu. Dalam masa dia duk baca tu, budak laki semua cam duk cakap “Aih…payah ni yang ni sorang ni…Payah…” Rasa nak lari keluar!!!! Xpe2… control… Takde yang tau tu saya punya en??? Hemmmm relax… Akhirnya kelas Sivik habis. Alhamdulillah! Dah rehat! Time to loiter the ass around the koop! Tiba-tiba nak bangun je Syazwan datang and dia bagi paper tu. Cakap simpan ah… -_-“ Apaaaa niii??? Saya pun dengan poyonya cakap “Bukan aku punya ah…” Syazwan senyuuum je pastu cakap “Takpa… bukan Kia punya pun Kia simpan buat panduan”… Oh shit! Sejak hari tu I learnt my lesson jangan mengada-ada sangat tulis benda-benda yang suka-suka tapi akhirnya duka-duka eh bawak padah kat kita. Buat malu je… Huh!





Namun sekarang saya nak cakap… Walaupun saya



X seperfect muslimah ini…

Untuk dapat lelaki seperti ini….


Dan saya tak secantik dia ni…



Untuk mendapatkan yang hensem macam ni… (hensem ke ni??)


Tapi… saya tak seteruk dia ni… (Walaupun saya minat dia)

Untuk mendapatkan lelaki seteruk dia ni… ( Love his voice)



Tapi… saya adalah saya… cuma saya… Kiasatina (collections time kat PC dulu)



Dan saya akan tetap menunggu tibanya Adam saya… saya x nak cari…

Amboi puitis ler post kali ni… Hehe

Advertisements

6 thoughts on “ADAM SAYA – SAYA REKA SAYA PUNYA

  1. oihhh cik meme…gila la.cepat gila hang baca… tu la pasai…laki hang suka org pandai masak.yg aku duk sukanya dia nak pandai buat kopi…pandai kaaa??haha

Would love to hear from you!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s